Thursday 24 November 2011

Latihan Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Nama
Latihan 1 ( Kata Ganti Nama Diri)
Gariskan kata ganti nama diri yang sesuai.
1.       “Ibu teringin melihat ( saya, kamu, mereka ) semua berjaya dalam pelajaran,” kata Mak Minah kepada anak-anaknya.
2.       Kakak saya berminat untuk menjadi pramugari. ( Mereka, Anda, Dia) sedang menjalani latihan di Kuala Lumpur.
3.       Sultan Hussein bergaul mesra dengan rakyat jelata. ( Beliau, Baginda, Tuan) disanjung tinggi oleh segenap lapisan masyarakat.
4.       Encik Halim guru besar sekolah saya. ( Dia, Beliau, Kamu) akan bersara pada hari Jumaat ini.
5.       Hong Ling ialah sahabat pena saya. ( Saudara, Kamu, Dia) akan menghadiri majlis hari jadi saya yang ke-IIminggu hadapan.
6.       “(Kamu, Kami, Mereka) bertiga telah dipanggil oleh guru displin untuk disoal siasat kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian itu.” Kata Hamzah sambil memandang ke arah murid-murid yang berdiri di luar bilik darjah itu.
7.       “ Tolong tunjukkan dokumen perjalanan ( saya, anda, kalian),” kata pegawai kepada pelancong asing itu.
8.       “(Kita, Kamu, Mereka) hendaklah sama-sama memupuk semangat cinta akan negara,”kata Cikgu Siti kepada murid-muridnya.
9.       “Izinkan ( saya, beta, patik) meluahkan sepatah dua kata dalam majlis ini,” kata Puan Limah kepada hadirin sekalian.
10.   Saya dan Rajan berkawan baik sejak kecil lagi. ( Kita, Kami, Mereka) sentiasa menyelesaikan masalah bersama-sama.


Latihan 2 (Kata Ganti Nama Tunjuk)
Isi tempat kosong dengan kata ganti nama tunjuk yang paling sesuai
1.        “___________buku siapa?”kata guru sambil menunjuk ke arah belakang kelas.
2.       “ Simpan sayur-sayur __________di dalam petik sejuk,”kata ibu yang baru pulang dari pasar.
3.       Makam raja itu terletak di atas bukit__________.
4.       “Sungguh enak makanan ___________,” kata kakak yang sedang mencuba makanan yang baru dibelinya.
5.       Budak yang sedang bermain di padang ____________ialah anak jiran saya.
6.       “Jangan sentuh barang-barang ___________,”kata ayah kepada adik yang sedang berjalan ke arah almari.
7.       “____________apa?”tanpa pengawas yang sedang membuat pemeriksaan beg murid.
8.       “Cepat habiskan latihan ____________,”sergah ibu kepada adik yang sedang membuat latihan sambil bermain.
9.       “Kucing yang comel_________siapa punya?”tanya Mimi sambil membelai bulu kucing tersebut.
10.   “Tolong bacakan nombor telefon yang tertulis di papan notis _________,”kata Encik Lee kepada keraninya.

Latihan 3 (Kata Ganti Nama Tanya)
Isi tempat kosong dengan kata ganti nama tanya yang sesuai.
1.       ______________kah yang menconteng diding ini?
2.       Ke________________kah awak pergi sejak pagi tadi?
3.       _____________kah benda itu?
4.       Buku itu kamu beli dari ___________________?
5.       Lelaki yang bertali leher itu______________?
6.       Dari__________________kah kamu mendapat maklumat ini?
7.       ________________kah yang belum membayar yuran?
8.       Kuih yang sedap ini dibuat daripada_______________.
9.       __________________kah benda yang tersimpan di dalam kotak itu?
10.   Kamu datang ke sini dengan __________________, bas atau teksi?
11.   __________________kah harga buku ini?
12.   _______________baju yang saya pakai semalam?
13.   _________________kah keretapi ke Kelantan akan bertolak?
14.   _________________kah Mei Mei tidak datang ke sekolah?
15.   _________________kah keadaan Pak Ali ?


Latihan 4(Kata Ganti Nama Tempat)
Isi tempat kosong dengan kata ganti nama tempat yang sesuai.
1.       “Di__________lah saya menjumpai dompet itu,”kata Ali kepad Ramesh.
2.       Di___________lah kejadian ragut itu berlaku.
3.       “Jangan duduk di sini.Sila duduk di ____________,”arah pengawas kepada murid-murid itu.
4.       “Kita tidak boleh tinggal di ____________lagi,”kata Zuraini kepada anak-anaknya sambil mengemas pakaian.
5.       “Mari kita ke ___________, seperti ada sesuatu yang menarik,”kata Tina kepada Alvin.

Latihan 5(Kata Ganti Nama Tak Tentu)
Isi tempat kosong dengan kata ganti nama tak tentu yang paling sesuai.
1.       ___________sahaja boleh menyertai pertandingan itu.
2.       Awak boleh balik _____________masa kerana majlis sudah tamat.
3.       Saya tidak ada ____________pendapat tentang hal itu.
4.       Bawalah ______________yang perlu semasa perkhemahan nanti.
5.       Kami berharap kamu tidak ke _____________petang nanti.




No comments:

Post a Comment